Home | Sitemap

Loading
    » Home » News & Resources » Progress Updates on all Approved Participating Schools

  Progress Updates of all Approved Participating Schools

(No Coordinates Available)
SEKOLAH MENENGAH SAINS TAPAH
Bronze Award - National Secondary School (Rural)
No of Students: 814
No of Teachers: 68

District: Batang Padang
Address: SM SAINS TAPAH, JALAN PAHANG, 35000 TAPAH
Contact Telephone: 054018745
Fax: 054018743
Principal: EN. ZULKARNAIN BIN ZAINAL ABIDIN
Teacher: NUZUL HAQIMI BIN ISMAIL
Email: qimieros@yahoo.com
Theme

Last Modified: 03 Jul, 2017

Step 1 - The Eco-Schools Committee
The following is a general description of the committee: Kelab Pencinta Alam SM Sains Tapah dengan rasminya ditubuhkan pada Januari 2013 setelah beberapa pandangan dan idea daripada En. Nuzul Haqimi Bin Ismail (Ketua Panitia Geografi) kepada pihak sekolah berkaitan tujuan penubuhan disambut baik oleh pihak pentadbiran sekolah. Surat rasmi penubuhan dan pelantikan telah dikeluarkan dan diluluskan oleh pengetua Tuan Hj. Sulaiman Bin Samsuddin berkuatkuasa pada januari 2013 dan dibentangkan juga dalam mesyuarat guru serta mesyuarat panitia Geografi berkaitan aktiviti yang akan dijalankan merangkumi pengurusan dan penglibatan dalam program alam sekitar di sekolah dan juga luar.

Kelab pencinta alam melalui kumpulan Tunas Penyelidik telah menyertai kem Eco Schools Malaysia buat kali pertama pada bulan Mac 2013 yang telah diadakan di SK Sungai Behrang, Tanjong Malim, Perak. Program pertama ini telah membuka ruang baru kepada kumpulan pencinta alam sekolah untuk lebih mendalami pengurusan alam sekitar dalam ruang yang besar. Dalam kem ini juga kumpulan Tunas Penyelidik telah memenangi anugerah peserta pelajar terbaik dan anugerah peserta guru terbaik peringkat kebangsaan. Selepas itu pelbagai program dianjurkan oleh Eco Schools Malaysia telah dihadiri dan ini telah membantu lagi kumpulan Tunas Penyelidik mempelajari ilmu berkaitan alam sekitar.

Kemudiannya, Kelab Pencinta Alam sekolah juga telah menyambut baik jemputan dan tawaran Toyota UMV di bawah program Toyota Eco Youth yang telah memberikan ruang kepada ahli kelab menjalankan kajian berkaitan isu alam sekitar di kawasan Tapah, Perak. Tawaran ini membolehkan kami menyelidik dan memperbaiki kaedah pengurusan sampah di tapak rekreasi Kuala Woh, Tapah yang dikatakan mempunyai isu kencing tikus (Laptospirosis).

Kelab pencinta alam juga telah melibatkan diri dengan pertubuhan Green Ranger Malaysia sebagai badan amanah yang bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan pelbagai program alam sekitar. Penglibatan ini telah membuka lebih banyak ruang penglibatan dalam program alam sekitar bermula daripada tahun 2014 sehingga sekarang.

Kumpulan penubuhan juga telah bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri dan Daerah Batang Padang berkaitan isu pengurusan alam sekitar di bawah pentadbiran jabatan serta beberapa program Hijau yang dianjurkan jabatan seperti kempen 1 juta pokok dan kempen 2 juta pokok.

Majlis Daerah Tapah juga telah memberikan kerjasama baik kepada pihak sekolah terutama kelab pencinta alam melalui beberapa program berkaitan alam sekitar seperti penyerahan 1000 pokok sempena program Jom Singgah Tapah yang pertama kali diadakan dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Batang Padang dan dirasmikan oleh pegawai Pejabat Tanah Daerah.

Selain itu, kumpulan penubuhan juga telah bekerjasama dengan Jabatan Perikanan Daerah Batang Padang bertujuan untuk memohon aktiviti perikanan yang boleh dilaksanakan di sekolah. Cadangan dan permohonan telah disambut baik pihak Jabatan Perikanan dan telah mendapat kelulusan untuk memperolehi tawaran aktiviti perikanan dalam tangki bermula pada awal tahun 2016. Selain itu juga, inisiatif dan bantuan jabatan pertanian juga telah menjayakan program Pertanian Alam Sekitar sekolah dan telah dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2014.

Kelab pencinta alam juga telah berkongsi idea serta menjalankan pelbagai program alam sekitar bersama dengan SK Bandar Behrang 2020 di bawah pimpinan Dr. Segar yang banyak membantu sepanjang penglibatan pertubuhan kami. Kerjasama ini telah berjaya melahirkan ramai pelajar yang lebih memahami konsep Berharmoni dengan Alam serta Manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Pada tahun 2015, secara rasminya pihak pengurusan kelab dengan kelulusan pentadbiran sekolah telah menubuhkan kumpulan besar daripada ahli kelab untuk memantapkan lagi pengurusan alam sekitar disamping kumpulan sedia ada iaitu kumpulan tunas penyelidik remaja. Antara kumpulan yang ditubuhkan ialah 'GREEN ARMY' yang berfungsi sebagai kumpulan yang akan menguruskan semua perkara berkaitan program alam sekitar di sekolah dan program luar seperti:

a) Pusat Kitar Semula Sekolah (2013 - sekarang)
b) Tapak Pertanian Alam Sekitar Sekolah (2014 - sekarang)
c) Tapak Semaian Benih Pokok Sekolah (2013 - sekarang)
d) Stesen Kaji Cuaca Mini Sekolah (2014 - sekarang)
e) Program Hijau Sekolah ( Program hijau 1.0, 2012, Program hijau 2.0, 2013, Program hijau 3.0, 2014 & Program hijau 4.0, 2015)
f) Taman GeoSains Sekolah (2015)

Manakala kumpulan kedua ditubuhkan pada tahun 2015 ialah kumpulan ECO GREEN yang ditubuhkan untuk menyertai sebarang aktiviti alam sekitar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta pelbagai aktiviti inovasi dan penghasilan semula barangan daripada bahan buangan. Kumpulan ini telah menyertai hampir sepuluh program alam sekitar peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada tahun 2015 ini disamping kumpulan tunas penyelidik yang menjadi tunjang kumpulan pengurusan kelab alam sekitar sekolah. Kumpulan ini telah memenangi pelbagai anugerah alam sekitar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta anugerah gemilang di peringkat sekolah semasa anugerah kokurikulum tahunan.

Penubuhan 3 kumpulan ini diharap dapat membantu menaikkan lagi pengurusan alam sekitar sekolah hingga ke peringkat yang lebih tinggi bersama-sama dengan kelab pencinta alam di sekolah lain serta pertubuhan pencinta alam di Malaysia Khususnya.

NUZUL HAQIMI BIN ISMAIL
JURULATIH GREEN RANGER MALAYSIA
The following groups are represented in the committee: - Pupils
- Teachers
- School Management
- Parents
- Local residents
1) En. Hassan Bin Din (Pemilik Restoran/pekebun) - Cara menguruskan kebun
2) PIBG sekolah
- External organisations/companies/NGOs/local council
1) Perak forestry department
2) Eco Schools Malaysia
3) Green Ranger Malaysia
4) YaHijau Malaysia
5) Boh Tea Malaysia
6) IKEA
7) Eijau Malaysia
8) Eco Knight Malaysia
9) Universiti Pendidikan Sultan Idris
10) Majlis Daerah Tapah
12) Jabatan Pertanian Daerah
13) Jabatan Perikanan Daerah,
14) Toyota UMV
15) Jabatan Kesihatan Daerah
The committee members are chosen in the following ways: They are elected into the committee
Pupils in the committee are given the opportunity to nominate adult members: Yes
The committee holds meetings at this frequency: Once a term
The following are the number of meetings that have been held so far: 2
A parent, school board member, or other external parties have been present for the following number of meeetings.: 2
Photo of committee members
EN. ZULKARNAIN BIN ZAINAL ABIDIN (PEMANGKU PENGETUA), EN. NUZUL HAQIMI (PENYELARAS KELAB ALAM SEKITAR SEKOLAH), 5 ORANG KUMPULAN TUNAS PENYELIDIK, 5 ORANG KUMPULAN GREEN ARMY, 4 ORANG KUMPULAN ECO GREEN
Brief notes or minutes of meeting: MINIT PAS 1 15.doc